Friday, 18 March 2011

Spektrum Warna Dalam Kehidupan Islam


SPEKTRUM WARNA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru 
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. 

 
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. 
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku 
dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam 
erti kata lain jaga daripada tidur. 
 
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. 
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat
tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna 
hijau (isyraq & dhuha) dan 
kemudian warna 
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. 
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan 
hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 
 
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. 
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali 
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 
Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna 
oren, iaitu masuknya 
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, 

uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah
(tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita.

 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna 
merah dan di waktu ini 
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. 

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. 

 
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu 
pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) 
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. 
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi
otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan. 

 
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna
putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan 
frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 

 
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam 
waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke 
sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
Pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat
malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi
amat berdisiplin dalam menghadiri kelas pocho-pochonya ..."

No comments:

Post a Comment